Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 27, 2011

Penangan Kupon "Big Breakfast Mc'Donalds!!

Gud morning everyone! Mcm mana dgn pagi korang..?? Oke ke KO?? hehehe.. Breakfast pe pagi tadi ye? (Sebuk je kan tanya breakfast pe kat korang) heheheeee.. Keee... tak xsempat nak breakfast coz bangun lewat ari ni..??? Ye la kan, hari minggu le katakan. Tido kena puas-puas ye x... Esok dah xleh nak bgn lewat mcm hari ni kan. Pagi-pagi buta dah g keje. hikhik. Hmmmm... . Ekceli aku nak share sikit pasal breakfast aku yg blh dikatakan lunch ni. haha! Haaa! Mcm mana leh jadi gitu yeeeekk..?? Korang kena baca la kat bawah ni plak.
.
Taraaaaa.... Ni la breakfast aku pagi ni. Mc'd wooo!! Big Breakfast namanya!! Tak penah-penah aku breakfast dgn Mc'Donals. Ni kre first time ar ni. Leh catat dalam diari ni. hik3. Dah pecah rekod ni!! Haha! Aku terjebak makan benda alah ni pun sbb kawan sekeje bagi kupon. Staff cina. Diorang pagi-pagi duk melayan benda ni 2-3-4-5 hari yg lepas-lepas. Leh tapau bawak ke opis tu!! Huhu. Duk kata murah-murah-murah! (Aku pun apa lagi, amik la 2 kupon). Nak merasa la jugak kan sesedap mana set breakfast ni. hehehe.
.

BIG breakfast mc'donalds (gambar ni curik dari web orang ye)
.
Oke! Kupon tu mengatakan bahawa "barangsiapa membuat pembelian minimum RM5 dan ke atas, maka dgn itu, mereka berpeluang utk merebut 2 set percuma "Big Breakfast Mc'donalds" seperti yg tertera dlm gambar di atas. hekhek. Memg murah la kan. Tol x? Tol x? hehehe.
.
.
So, dgn penuh semangat, aku pun ajak la kakak aku g cube hari ni. Aku belanja ar. Dah aku yg ajak kan. Terjebak punye pasal. huhu. Disebabkan set tu xde air, so aku beli la 4 air tuk ditebus dgn 2 kupon. Meansss. Aku dapat 4 set big breakfast tu. Satu untuk aku. Satu untuk kakak aku. Satu untuk mak. Satu untuk abah. Yeaaaayyy! Sume dapat. *_____* Aku bayar RM 12.50 dan dapat sume tu. Murah kan? Murah kan? hehe.
.
.
Ni la muke pelahap yg terjebak dgn KUPON tersebut (captured by henset murahku)
.
.
Ble sampai je kat sana, YA ALLAH!!! Banyaknye umat manusia kat Mc'D tu. Dari sarang mana la diorang sume datang agaknya. huhuhu. Aku g Mc'D yg paling dekat, iaitu di Mc'D station 18, berdekatan Tesco. Dekat je ngan umah aku. hehehe. Aku sampai dalam kul 9.00 pagi. Lebih kurang la. So, aku pun melulu masuk. Seyes ramai... Mcm ikan sardin dalam tin je rasanya. Huhu.. Mcm-mcm gelagat ar ada. Sume duk bawak KUPON tu. Mcm aku, aku print out kupon dari Facebook. Ada yg aku tgk bawak keratan akhbar & ada gak dr risalah Mc'Donalds. No wonder la punye ramai... Huk3. After sejam stengah, baru aku dapat order benda alah tu taw. Lama x aku beratur..?? Lenguh seluruh badan aku ni weeeii. Huhu. Pasni jgn harap la aku nak g dah. Even murah mcm mana sekalipun.
.
.
Antara yg aku dapat tgk la kat Mc'D tu kan. First, sume org duk angkut kupon tu. hehehe. Comel je rasanya. kehkeh. Then, staff-staff Mc'D yg sebuk gle wat keje. And ada satu masa tu, supervisor dia akan teriak "Welcome to Mc'Donalds!!". Then, seluruh staff dia akan sambut secara serentak ayat tu balek.. wooowww...So sweeeeettt!!! Seems like nak bg semangat la kot. Org kata pe ek, nak naikkan semangat bekeje. I like! Hehehe. Sikap mcm tu sgt bagus la. Work in group as a team. *) Last sekali, korang dapat lihat, majoriti yg datang adalah org Cina. Diorg memg tak masak tuk breakfast ke ek kat umah..?? Sekali bawak balek bungkus smp 8 set. haha! Gle btol arrr...!! Mcm kenduri lak aku tgk. hehe.
.
.
Finally, aku sampai umah dekat pukul 11.00 pagi. Mak aaaiihh.. Lewatnya aku makan. Dah mcm nak lunch je kan. Huhu! Sumpah ar, pasni aku tak nak g dah. Serik! Naseb bek la KUPON tu valid sampai 31 Mac ni je. Kalau tak, mau penuh Mc'DOnalds tu lg. hehe. So, ni la pengalaman aku breakfast kat Mc'DOnals. Penat menunggu. Then, ble taste the food, xde la sedap mana pun. Hukhuk.
.
.

No comments: