Wednesday, August 3, 2011

Last Day at TSA, Ipoh!

Walaupun citer ni org kata dah basi, leh campak je kat tong sampah, tapi aku tetap nak citer. Lantak la apa nak jadi, jadi la. huhu. Ekceli, mau inform kat bloggers/readers sume, last week adalah last day aku bekeje kat ipoh. Hip! Hip! Hoooraaayy! Gumbira memg xdapat nak disorok lg. Coz dah nampak terang-terangan betapa bahagianya aku ble dapat kuar dr company aku yg lama. Ecececee.. Lama le sgt pun.. Baru je resigned last week. Ayat xmo kalah! Haha! Gambar2 di bawah adalah sekitar FAREWELL aku di cni. ngeh3.. Bestnya farewell ni, stp sorang akan bawak 1 makanan, then akan tukar2. Syioooknyaaa! Memg full gle arr time ni. =)
.

Of course la plg dirindui, Kak Sue. Pape gossip terkini, sensasi, kami be2 je luahkan sesama. Bak kata org, saling memerlukan la kunun2nya.. Org len aku xleh get along, kecuali dia je. So, skg mst kak sue sedih + sepi tanpa aku kat opis tu. =(
.
Pasal pe mamat ni perlu dimasukkan dalam blog ni...?? ~Sebabnya adalah beliau adalah merupakan org kuat Mr Tan, iaitu my colleague. Means sama la position ngan aku, engineer. Aku manyak makan budi sama ini olang wooo. Coz dia selalu back up aku if aku ada prob. hehehe. Dia la si mata sepet, si rambut "ehem"~khuen! spell dia kena cakap queen, even dia lelaki. Kelakar taw tgk rambutnya... *______* Dia ni muda lg dr aku, tapi dah ada uban. Byk sgt dipikirnya.
.
Last but not least, tuan tanah. Memg wajib kena ada. Ni la meja keje aku yg sgt2 berselerak. Abis bz la kunun2nya. haha! Lakonan ni korang, jgn caye sgt. Mata boleh menipu.. hehe.
.
.
The best part ble aku nak blah, clerk aku, Carmen said that "U nampak kurus la skrg. Sbb nak kawen ekk.. U diet ke..?? U makan ubat ke??". Adeh adeh! Mcm peluru berpandu lak soklan dia ni. ngeh3.. Diam seribu bahasa neh.. Bangga siot.. Ngeeee.. *blushing. Korang rasa aku kuwus x skrg..?? hik2. Rahsianya, ntah la.. Mcm2 aku telan.. nak kuwus punye pasal. So, aku xtahu la mana satu yg bg kesan kat badan aku ni. Sesungguhnya, dah rojak dah dalam perot ni. hehehe. Tapi, ble dah 2, 3, 4 org duk tegur aku kurus, Alhamdulillah.. Tak sia2 usaha aku tuk mengecilkan diri ini. Akhirnya, sukses! *______*
.
Next week, pergi opis baru.. Wooooohh! Takotnya saye.. Grrr...
.
.

Monday, August 1, 2011

Selamat berpuasa!

.
Alhamdulillah. Kejapnya msa berputar. Kte dah kembali kepada bulan yg diberkati oleh ALLAH S.W.T, BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK! Kejap je setahun dah berlalu. Hari berganti hari. So, sempena bulan yg sgt dimuliakan ini, aku nak susun sepuluh jari, meminta keampunan. Mari la sama-sama kte menambah ibadah + amalan di bulan baek ni. Berpuasa la secukupnya, bg yg mampu dan yg tiada halangan. Banyakkan sedekah. Berzikir, membaca Al-Quran dan macam-macam yg boleh menambah pahala. Jgn terlalu mengejar duniawi, tapi lupa akhirat. ~Ingatan untuk diri sndiri gak sbnrnya ni.~
.
.
Bagi aku, tahun ni agak mencabar sbb berjauhan dr keluarga. Bergerak sndiri. huhu. Harap2 aku dapat melaluinya tanpa sebarang masalah. AMIN. Sgt2 berbeza sbnrnya bila puasa berjauhan dgn keluarga, means ble kte keje dgn belajar. Mesti aku xbiasa. Tp Alhamdulillah, ada org tersayang dekat2 sana. Ada abg2 n my fiance. So, mst xde kekok sgt. =) Ngeeee...
.
.
Akhir kata, Selamat Berpuasa kepada semua umat muslimin + muslimat di Malaysia khasnya dan di dunia amnya. Happy Fasting Month! *______*
.

Sunday, July 24, 2011

Penghijrahan! Mampukah aku?

Fuhhh! Tetiba je rasa nak menconteng di blog ni. *_____* Asal hati runsing je, blog ni gak le yg dicari. Huhu. Asal runsing, ni la penemannya. Kalu leh cakap la blog ni, mau terasa gak neh. Ye la, time susah, baru nak cari, nak hadap. hik3. Org kate pe ye, tak leh nak luahkan kat org, dgn luah kat blog pun jadi la. At least, dapat kurangkan sikit beban tu. huhu. Harap2, titik noktah yg terakhir dapat la release sikit tension ni ha.
.
.
Penghijrahan...?? Blum masuk maal-hijrah lg, dah citer pasal hijrah kan aku ni. hehe. Tapi tu la, penghijrahan yg terlalu besar dalam idup. Nak independent. Susahnya. Mau taknya, sblum ni duk duduk bawah ketiak mak abah je, selesa aje. Sume je menjamin kesejahteraan idup. Sume org jagakan. Hijrah kali ini btol2 wat aku tak senang duduk. Dalam masa tak sampai 2 mggu lg, aku akan berhijrah ke KL. sume kena atur sendiri. Sblum ni masa study kat johor, lain sgt. Ni dah keje kan, len la. Nak manage kewangan sndiri, tu yg mencabar. Jgn terlebih joli sudah. haha! Dasar shopaholic.
.
.
Aku takot sbb hidup kat KL so stress!! Jammed! Adeh.. Tak aman mcm ipoh ni. Yg lg satu fail gak aku ni, tak pandai drive. Skrg pun baru nak berjinak2. Kalu setakat kancil, boleh la lg. Ni nak bawak kete besar. Mak aiihh.. Tergugat den! Last2 sekali, cakap kat abah nak nek moto je. Coz dr opis ke umah sewa 5 minit je. huhu. (penakotnya.. mati ar nak survive mcm ni). Tapi tu la, Save sikit. Al maklumla, org nak kawen, kena byk pakai duet, ye tak. haha! So, mcm mana la nak tajamkan, nak polish skill driving ni. huhu. Lagipun, kete xde. Ada ke wah (tunangku) suh bawak kete dia yg besar dr kancil. OMG! Berdegup kencang je jantung ni mendengarnya. So, at last, moto aje. Padahal, bahaya kan. Pompuan nek moto di bandaraya metropolitan tu. Adeh! Dush! Dush! Dush! Aku takot drive, sbb tak familiar jalan, if salah sikit je, mau lajak ke mana2 je nnt. Tu yg takot sgt3.. Huk3.
.
Ya ALLAH, kau kuatkan la hambamu ini. Smg aku dapat berdikari, dan seterusnya dapat beli kereta cepat2. Nak target Viva @ MyVi je. hehe. Sempat lg menyimpan impian dalam duk nak saving2. hik3.
.
.
Sooooo... KL, here i come!!!! ~grrrrrr~ Tensen balek. So, Motif nak release tension, failed sama sekali!! Huhu.
.

Sunday, June 26, 2011

First trial in contest!


Ni la contest yg aku masuk. Anjuran FCU Miracle. Hopefully, kawan-kawan blogger yg ada Facebook leh la tolong vote ye.. Jasamu dikenang.. Pls support me! Thankssss a lots... Muaaahh!

Hi dear,please help me to win this contest.
1st like page http://www.facebook.com/fcumiracle

2nd like my pic http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150215336560194&set=a.10150209812530194.306684.188352275193&type=1&theater

Sila-sila la jenguk page FCU Miracle, then LIKE. Then dah like page, LIKE my photo. ngeee.. VALID UNTIL 1 JULAI 2011!!! Hurry up... Thumbs up to LIKErs!

Wednesday, June 22, 2011

Sabar sebaruh daripada iman....

Alkisahnya..... tentang "keje" sbg kuli di salah satu firma perunding kejuruteraan tidak ternama di IPOH. Aisssyyyhh.. Sebenarnya, dah lama sgt aku bersabar dgn environment kat c2. Apsal la perlu mcm ni... Nape tak best..?? Padahal, masa awal2 dulu, tersangat la best. Enjoy je keje.. Tapi.. skang sejak dah kuar masuk org baru, makin tak syiok le plak. Yang sebenarnya, byk drafter yg pandang aku sebelah mata aje. Mentang-mentang aku ni muda (muda kee..kehkehkeh!), arahan aku spt melepaskan batuk di tangga.. Kena ke pun peribahasa ni dgn ayat aku ek..?? haha! ~Bedal aje laa..
.
.
Dah la si amoi tua tu selalu sgt ada kat opis. Sejak ble lak dia rajin bekeje, aku pun tak tahu laaa.. Hmm.. Mesti nak wat spot check kat staff. Huh! Dasar busy body, jaga tepi kain, suar org... Eeeeeeee.... Sampai ble la aku dapat bertahan ni haaa! Tapi xpe, skg usaha keras tuk cari keje kat tempat len. Harap2 dapat laa. Lagipun, memg nak blah pun. Hikhikhik. Pasal sudah mau kawen. Nak berhijrah. Tapi, sayang le plak.. Mcm nak keje sampai tahun baru cina aje. Tapi, leh tahan ke nak tggu berbulan2 lamanya tu.. Huhuhu.. Mcm tak sanggup jeee..
.
.
Skrg nak mula submit resume.. Tapiii...format resume yg ada skg xmengancam la. Sape ada resume yang best2, kasik ar sini yeeeepp.. (shawanajamaludin@yahoo.com).. hik3.. TQ TQ kepada yg membantu... Ya ALLAH, murahkan la rezeki hambamu ini. AMIN.

Tuesday, June 21, 2011

Kejapnya cerita Cinta Melody..Hmmm!


Saban hari aku duk melayan cerita "CINTA MELODY" ni haaa.. asal balek keje, siap2 tukar baju, solat sume, berdesup teros duk menepek depan tv. keh3. Abah dah taw dah pe'el anak dia yg sorang ni. Yg pastinya jugak, abah pun duk join venture layan cinta melody. *________* (Agak terlambat, tapi nak wish gak.. HAPPY FATHER'S DAY to abahku, pak din kiut!!!)
.
.
Oke! Berbalek kpd citer cinta melody, sedar x sedar, sudah sampai ke kemuncak citernya. Dengar citernya, ending dia kureng sket.. Tak dapat kat Elang! Cissss! Apa yg aku nak tgk, xdapat nak tgk. I want elang + melody + raya + nenek bahagia. Tapi nampaknya tempat elang akan ditukarkan kpd raffi plak dah. Aiseeeyy!! Frustnyaaa.. =( Tapi xpe, raffi pun schweeet ape! ngeee.. =). Dasar buaya air!! Hehehe. ~Tapi elang jugak yg tetap menjadi pilihan hatiku~ (Bape banyak tapi ntah. huhu. ) Hensemnya elang ni taw... Suke tgk! Mana taknya, Hati marah pun, jadi sejuk tgk muka dia. Muda lg dia ni, baru 21 tahun. Melody lak 19 tahun... hehe. ~Dah ke lain lak dah~ Tak lupe gak pada melody yg comel gle. *____*
.
.
Pape pun, tak sabar mau tggu episod kemuncak even dah taw endingnya. Apa la agaknya citer yg akan m' gantikan cinta melody yeepp. Adakah hero + heroinnya best mcm cinta melody...?? ~Saksikan jumaat ni!~ Zaaaasss. Tak cabarnya caye!! ngeeeeee..

*______*

.

Monday, June 20, 2011

Pre-Wed!

.Gambar ni xbest! Sbb duk rapat2. Isssh3!
.
Ecece! Sekali update blog, teros kuar pasal pre-wed. kes menunjuk2 ke nih..?? =) Oh! Tidak sama sekali. Hekhek. Tapi, bukan nak tnjuk sume pic pun, saje je bagi gambar suam2 suku, baru nak upload pic2 2 sume. Coz lambat lagi mau kawen kan.. hekhekk. Ni baru kuar dr oven je gambar ni. hik3. Ok ke ye..?? Kurang manis ekk..?? Actually, kebetulan je ni ha update pas pre-wed! *_____* Bukan pe, lama sgt menghilang sbb kena kongsi2 guna laptop ni ngan kakak. Tu yg leceh mau update. Xmo org curik2 baca ble kte menaip. (Alasan leh pakai x??) Ngeee... So, pas dia punye laptop dah oke, xde sape dapat ganggu privacy aku. Syioknyeeee!!!
.
.
Pre-wed ni berlaku semalam. Gle panas nak mamposs gambar ni. Kalah pisang goreng kat tepi jalan tuu haaa! Haha! Mesti korang pk awal gle wat pre-wed photoshoot ni kan...?? Lokasi adalah FRIM, Kepong. Besar gle tempat ni taw. Tak dapat nak xplore abis lg. Kejar masa la katakan. Yela.. aku kan ipoh, dia puchong, ari ni keje. Mana nak lepak lama2 kat FRIM tu. Kena lak ujan. Adess! ~Memg saje nak wat pre-wed awal. Sbb mau wat kad kawen lg. Mau guna ini gambar. Xmo kelam kabut. Biar slow2, asal teratur. Alhamdulillah.. Hampir 50% dah setel. Skit2 lama2 setel laa.. hekhek. Takot pun ade. Cuma pening mau bagi berkat pe kat guests. huh! Poning poning! Still ngah cari idea2 menarik. hehehe.
.
.
Btol la cakap org, duet kuar mcm air.............grrrrr.. elok la pun kawen sekali seumur hidup. hehe! So, pasni InsyaALLAH akan selalu update. If ada news n masa yg terluang la ye. Sampai ketemu lg. Assalamualaikum.

Tuesday, May 3, 2011

Susahnya mao design kad kawen ni!!

Aiiisssshhh.. Ni la masalah terbesar aku skg ni.. Sob! Sob!
Jenuh duk pk xabes2 lg masalah ni datang.
.
.
DESIGN KAD KAHWINKU!
(susahnyeeeee!!!)
.
.
Apa software paling senang nak guna ye???
Then, kalau sape yg ada design best2, leh la share kat aku yep.
Hik! Hik!
Ohhhh... kad kawen.. Mcm mana la rupe ko nnt kan.
Jenuh duk pk. Aisssssshhh....

Sunday, March 27, 2011

Penangan Kupon "Big Breakfast Mc'Donalds!!

Gud morning everyone! Mcm mana dgn pagi korang..?? Oke ke KO?? hehehe.. Breakfast pe pagi tadi ye? (Sebuk je kan tanya breakfast pe kat korang) heheheeee.. Keee... tak xsempat nak breakfast coz bangun lewat ari ni..??? Ye la kan, hari minggu le katakan. Tido kena puas-puas ye x... Esok dah xleh nak bgn lewat mcm hari ni kan. Pagi-pagi buta dah g keje. hikhik. Hmmmm... . Ekceli aku nak share sikit pasal breakfast aku yg blh dikatakan lunch ni. haha! Haaa! Mcm mana leh jadi gitu yeeeekk..?? Korang kena baca la kat bawah ni plak.
.
Taraaaaa.... Ni la breakfast aku pagi ni. Mc'd wooo!! Big Breakfast namanya!! Tak penah-penah aku breakfast dgn Mc'Donals. Ni kre first time ar ni. Leh catat dalam diari ni. hik3. Dah pecah rekod ni!! Haha! Aku terjebak makan benda alah ni pun sbb kawan sekeje bagi kupon. Staff cina. Diorang pagi-pagi duk melayan benda ni 2-3-4-5 hari yg lepas-lepas. Leh tapau bawak ke opis tu!! Huhu. Duk kata murah-murah-murah! (Aku pun apa lagi, amik la 2 kupon). Nak merasa la jugak kan sesedap mana set breakfast ni. hehehe.
.

BIG breakfast mc'donalds (gambar ni curik dari web orang ye)
.
Oke! Kupon tu mengatakan bahawa "barangsiapa membuat pembelian minimum RM5 dan ke atas, maka dgn itu, mereka berpeluang utk merebut 2 set percuma "Big Breakfast Mc'donalds" seperti yg tertera dlm gambar di atas. hekhek. Memg murah la kan. Tol x? Tol x? hehehe.
.
.
So, dgn penuh semangat, aku pun ajak la kakak aku g cube hari ni. Aku belanja ar. Dah aku yg ajak kan. Terjebak punye pasal. huhu. Disebabkan set tu xde air, so aku beli la 4 air tuk ditebus dgn 2 kupon. Meansss. Aku dapat 4 set big breakfast tu. Satu untuk aku. Satu untuk kakak aku. Satu untuk mak. Satu untuk abah. Yeaaaayyy! Sume dapat. *_____* Aku bayar RM 12.50 dan dapat sume tu. Murah kan? Murah kan? hehe.
.
.
Ni la muke pelahap yg terjebak dgn KUPON tersebut (captured by henset murahku)
.
.
Ble sampai je kat sana, YA ALLAH!!! Banyaknye umat manusia kat Mc'D tu. Dari sarang mana la diorang sume datang agaknya. huhuhu. Aku g Mc'D yg paling dekat, iaitu di Mc'D station 18, berdekatan Tesco. Dekat je ngan umah aku. hehehe. Aku sampai dalam kul 9.00 pagi. Lebih kurang la. So, aku pun melulu masuk. Seyes ramai... Mcm ikan sardin dalam tin je rasanya. Huhu.. Mcm-mcm gelagat ar ada. Sume duk bawak KUPON tu. Mcm aku, aku print out kupon dari Facebook. Ada yg aku tgk bawak keratan akhbar & ada gak dr risalah Mc'Donalds. No wonder la punye ramai... Huk3. After sejam stengah, baru aku dapat order benda alah tu taw. Lama x aku beratur..?? Lenguh seluruh badan aku ni weeeii. Huhu. Pasni jgn harap la aku nak g dah. Even murah mcm mana sekalipun.
.
.
Antara yg aku dapat tgk la kat Mc'D tu kan. First, sume org duk angkut kupon tu. hehehe. Comel je rasanya. kehkeh. Then, staff-staff Mc'D yg sebuk gle wat keje. And ada satu masa tu, supervisor dia akan teriak "Welcome to Mc'Donalds!!". Then, seluruh staff dia akan sambut secara serentak ayat tu balek.. wooowww...So sweeeeettt!!! Seems like nak bg semangat la kot. Org kata pe ek, nak naikkan semangat bekeje. I like! Hehehe. Sikap mcm tu sgt bagus la. Work in group as a team. *) Last sekali, korang dapat lihat, majoriti yg datang adalah org Cina. Diorg memg tak masak tuk breakfast ke ek kat umah..?? Sekali bawak balek bungkus smp 8 set. haha! Gle btol arrr...!! Mcm kenduri lak aku tgk. hehe.
.
.
Finally, aku sampai umah dekat pukul 11.00 pagi. Mak aaaiihh.. Lewatnya aku makan. Dah mcm nak lunch je kan. Huhu! Sumpah ar, pasni aku tak nak g dah. Serik! Naseb bek la KUPON tu valid sampai 31 Mac ni je. Kalau tak, mau penuh Mc'DOnalds tu lg. hehe. So, ni la pengalaman aku breakfast kat Mc'DOnals. Penat menunggu. Then, ble taste the food, xde la sedap mana pun. Hukhuk.
.
.

Friday, March 25, 2011

DSLR terbaik untuk amatur?

Semalam aku & tunang, mr. Wah text on the phone, and suddenly, dia cakap nak beli kamera DSLR dgn kakak dia. Means dia nak share ngan kakak dia. Then, aku cakap la, xrase susah ke share ngan kakak?? Ye la, pasni dia dah kawen dgn aku, susah la nak jumpe dah ngan kakak dia, then mcm susah lak share ngan kakak. U know what i mean rite..!! Takkan nak belah dua kot kamera DSLR tu. haha!
.
.
Pas je dia dengar soklan aku tu, dia pun kata, "sayang nak tak kte share berdua?". hehehe. aku pun apa lg kan, "with my pleasure dear....." *_____* (hati berbunge-bunge!) *wink* Memang aku suke sgt snap pic. Tak dpt disangkal lg. hehehe. Mana taknya, kalu aku wat album gambar, leh tgk la gambar aku ari-ari taw tak. Mimik muke. Dress mcm mana. Huahua! Mana taknya.. Penuh dalam enset gambar aku sorang je. hik3. Tiap-tiap pagi snap. Hari-hari duk wat senaman muke. ye la, duk senyum sengih je men"snap" gambar sndiri. ngeeeee..... Gilo punye olang... heeeee..
.
.
Oke! Skang kami yg amatur ni, tak tahu la nak beli kamera apa. Tu la masalah terbesar skang ni.. Brand pe yg terbaek... Coz tak tahu la mana yg bagus, harga dia mcm mana, aksesori dia dapat byk x.. Hukhukhuk. Al-maklumla, dua-dua mana tahu sgt pasal kamera DSLR ni. Pegang pun tak penah taw! Kiranya JAHIL la ayat paling sesuai tuk pasangan wana-wah ni. hehe.
.
So, nak tambahkan ilmu di dada, ala-ala nak mendalami bidang fotografi la konon-kononnya, aku pun searching la on the internet. So, aku tgk byk gak la suggestion tuk DSLR bagi golongan amatur mcm kami. Kat cni ada 3 yg aku tgk lawa. Tapi, harga dia aku tak tahu la lawa ke tak. Pakat post je kat blog. Price belakang citer. hehe! Aku rasa smart je tgk tiga-tiga DSLR ni. Tak tahu la oke ke x sebenarnya. first impression, kena smart! (bagi aku la)
.


First - Canon 1000D

* 10 Megapixel
* 2.5 Inci skrin LCD
* Live View
* DIGIC III
.

Second - Nikon D3000

* 10.2 megapixel
* 3.0 inci skrin LCD
* 3.0 frames per second (fps)
* Pembersihan sensor auto
* 11 AF points
.

Third - Nikon D90 DX

* 12.3 megapixel
* 3.0 inci skrin LCD
* Live View
* Face Detection
* Full HD Video
* Pembersihan sensor auto
* 4.5 frames per second (fps)
.
.
Kebanyakannya antara nikon & canon.. Sony ada ke haaa..?? Coz wah nak antara nikon ngan sony. hehe! Bajet kami pulak antara 3k - 4k. SO, Pada sape2 yg pro gle bab-bab kamera DSLR ni, leh la bg suggestion yekk. Mana yg oke, mana yg tak. Sila la bagi pendapat korang ye.. Huhu. Takot la kami ni kena kencing je ngan salesperson ke kan. Xmo la jadi mcm tu. Mintak dijauhkan le. Bak kata orang, nak dapat yg terbaik. Heeeee. aaaaaiii... Tak sabarnya nak beli. Berkira-kira dah ni nak memegang kamera DSLR. Snap sana, snap sini. Hikhikhik. (Kuat berangan la cik wana ni kan..!! Aissshhh)
.
Dalam pada duk pk duet kawen & hutang ptptn, ada hati lg kan nak DSLR. hehehe. Ni namanya udah kemaruk kat kamera tu. Malam ni mau mimpi indah memeluk DSLR impian aku & wah. weeeee...!!! Can't wait! Click! Click! Ngeeeee..
.
.

Wednesday, March 23, 2011

Jerawat menyerang kembali. Euuuwww..

Semenjak dua menjak ni aku asyik diserang penyaket muke yg agak teruk. Iaitu muke naek dgn jerawat. Kat dahi, dagu, pipi. Huh! Menyeramkan je tgk kat cermin. Euuuwww! (Rasa mcm xnak dah pandang cermin. Coz sgt huduh oke!) Hukhukhuk.
.
.
Memg la tidak dinafikan yg muke aku ni blh dikategorikan muke murah. Sensitip sgt pun! memg xleh simply guna produk yg bukan2. Kalu produk tu mahal mana sekalipun, blum tentu kulit ni akan chantek semulus, selembut kulit baby. Sob! sob! ~redha menerima ketentuan ALLAH S.W.T~ Tapi, kena ikhtiar gak kan...?? Hekhek!
.
.
Lately, kte memg tahu la kan yg foundation naturactor dari Meiko Industries (JAPAN), sgt femes. Rmai la yg berlumba2 menjualnya. Macam-macam harga la leh jmpe. Murah ke, mahal ke. Oke!! Aku dgn semangatnya (nak lawa punye pasal), pun membelinya. Ada dua, 1 dari Japan, n 1 lg dari China. Aku beli yg Japan. Coz saleswoman (buy through internet je pun) tu kate, if kulit sensitip, better guna yg Japan. Aku dgn kepercayaan yg meninggi, beli aje. Chantek punye pasal!
.

.Naturactor Foundation. japan's brand
.
Now, dah sebulan aku guna. Memg tak dinafikan yg dia tutup abis jerawat, cela bagai... Tapi, ble cuci muke tu, Ya ALLAH. Bersepah jerawat nek. Mcm cendawan tumbuh je pun. Eeeeee.. Seyes aku kata, down gle ble tgk cermin, g keje colleagues duk tegur. Balek umah, akak lak duk tegur aje. Stress! Mule2 pk, maybe kejap je kan, tapi ble dah sebulan, mana la tahan kan. So, dah 2 ari aku xpakai dah foundation tu. N aku dah nampak la perubahan yg muke ni dah much better. Mula surut. Nak kata muke jadi licin tu, tipu la kan, coz muke ni dah sediada mcm bulan mengambang. Parut plus jerawat plus kulit gelap. hukhuk. Cukup la pakej tu.. hehehe..
.
.
So, pasni aku xnak dah simply beli je. Aku rasa aku xsesuai la dgn bahan2 tuk professional make up artist pakai tu. Sob Sob! Coz, masa tunang hari tu pun sama. Pas make up je, muke ni teros jadi len. Berat! Pastu kan, mule la anak2 jerawat timbul. membiak! Aissshh! Suke bebeno kome hinggap kat muke huduh aku ni ye. kih3! Tapi, aku tetap bersyukur. Coz ada lg yg worst dari aku. Kan kan..?? Bak kate tunang aku, "janji mata abg dah sedap nak memandang muke syg setiap waktu, itu dah cukup buat abg". Uwaaaa!!! Tersentuh aku. Terharu. I lap lap lap u la mucuk. hehe!
.
Ohh Tuhan! Ble la aku nak dapat muke yg better. Much better from now!!! Yg licin. Hukhukhuk. Tapi, mcm dah xleh dah le aku rasa. Coz parut jerawat kan susah nak tutup. Kalu jerawat tu aku percaya gak lg ada solution. Huhu! Adakah aku memerlukan ini...??

Yaaaa!!! New york Skin Solution! Aku tgk testimoni, ramai cakap, this is the best brand. Tapi harga dia mesti xtercapai akalmu kan. Mesti ribu-riban. Tak mampu kot aku yg makan gaji ni tuk guna product ni kan. Dgn nak prepare kawen lg. Dgn nak bayar saman ptptn 2k. Huhu! Haaa! Korang taw x new york ni bape ongkosnya..?? Aku nak g sini, tapi pas kawen la. hehe. Coz sblum kawen, memg harapan xkan menjelang tiba. Byk nak pakai duet. huk3! Pas kawen, leh chantekkan diri tuk suami tersayang kan...?? ~Eeeeee..Tak sabar plak! Huahuahua!~ Ulat bulu dah naek daun. Sblum aku out of topic, aku akhiri entri kali neh ye. See ya! Assalamualaikum. (P/S : Fikir dulu sebelum guna!)
.

Tuesday, March 22, 2011

PTPTN Oh PTPTN!!

Hangen btol la aku pasal PTPTN ni. Ekceli, memg salah aku gak la sbb xhantar surat bg taw aku further degree lak pas abis dip. Aisssh! Nasik dah jadi bubur. Tapi, ni kira dah melampau la kan coz kena naek court lg sekali.
.
.
Alkisahnya mcm ni. Last year, dalam bulan 10, aku igt lg tarikhnya 28 Oktober 2010 (Khamis), aku naek court sbb ptptn suh bayar penuh. Mana la den ado duet. Coz baru 2 bulan keje. Bulan first abis duet sbb raya. Bulan kedua abis duet sbb konvo. Mana la nak cekau 5k plus plus gak la dia suh bayar. Igt aku ni bank negara ke!!! Bawak2 le bertenang kalu ye pun nak duet tu dibayar balek. Sbb salah aku gak kan coz lgsg xpenah bayar, so aku pun bg surat rayuan siap complete slip gaji n penyata KWSP sekali sbg bukti yg aku lgsg xde keje dalam tempoh skian sekian. And baru keje 2 bulan. Nak mention sekali lg "aku attend mahkamah tuk yg first". So, kenape kena attend lg sekali...??
.
.
Then, last week aku dapat surat saman lg. Suh attend court lg sekali. Dah la amount kat c2 xberubah. Plz oke! I bayar since october, KONSISTEN! KONSISTEN! diulang lg tu. nak tekankan kat situ. Kira oke la kan bayar minimum RM150.00. Kadang-kadang ada rezeki lebih bayar la RM200.00. Mcm bayar 1k sebulan je kan siap heboh amount. hehehe! Hutang nak setelkan cepat la konon2nya. Coz lg lambat bayar, lg naek interest. Huh! Xmo! Xmo! Ni pun pk byk nak guna duet tuk kawen nnt. Adeh! ~Next month dengan insurance+road tax lg~ Gle ble pk byk sgt nak guna duet. Tapi sbb pk org len plak nak guna duet PTPTN tu, so berhemah gak ar bayar every month. Hehe!
.
.
Pas dapat je surat saman tu, terus call ptptn. Dia (operator) suh emailkan kat pegawai undang-undang. Hmmm! Xmo la attend lg mahkamah tu. Bukan ada solution pun. Membuang waktu ade la. Hukhuk. Yg hangennya, duet tambang nak ke KL pegi balek pun dah dekat RM40!! Tapi, habuk pun xdak. Huhu! Harap-harap pihak PTPTN paham la masalah rakyat Malaysia yg sorang ni. (Ngah gigih membayar). Hehehe. =(
.
.

Sunday, March 20, 2011

Sweet gle!


Sumpah! First time aku tgk wedding card ni, i feel in love. *_____* Apsal la chantek sgt!!! (Mata bersinar-sinar). Harganya pun mst bersinar2 gak. Wedding card dalam bentuk box. Can u imagine how sweet the card...??
.
.
Ni theme gold-coklat.
.
Theme white-pink
(Alo..alo..alo..Cute cute cute!)
.
Theme white-green
.
.
Ada banyak sgt collection wedding card dia. Ekeceli, ni sume card dari indonesia. Patut la dengar org cakap, the best card is from indonesia. Cheapest & Beautiful. Satisfied la kalu dapat. But, sayang, dia xde mention harga. Mst ribu-ribuan rupiah kan..?? Haha!
.
.
Go to jasmine invitation untuk tgk lebih jelas. Memang korang akan rambang mata. Saje je cuti mata pagi2 ahad ni. hehe! Wish that i can get one! (Dalam mimpi aje la)
.
.

Wednesday, March 16, 2011

Tak matang sungguh la! Huh!

Isu ni isu sensitip. Ekceli better jgn citer kat public mcm ni. syyyhhh.. (Niat di hati nak pendam je) Tapi, tu la. Aku ni manusia biasa. Human being. Nak simpan lama-lama, takot merana. So. citer sikit leh la ye. Sekadar melepaskan geraaaaamm.. Leh ke? Kalu ade sape yg penah kena, mst terasa punye.
.
.
Nak dijadikan citer, kat opis aku ada la seorang amoi ni. Mude remaja. Umo dia dalam 18 tahun. SPM pun xde lg. Ngah tggu result. Tapi tak taw le pasal pe leh dapat keje as a kerani. Rasanya dia kenal ngan boss kot. The issue here, isssss... dia ni sgt manje. Lebih kasar, org kata Mengada-ngada! Eeeeeee... meluat aku tgk! (Muke memg comey, tapiiii.... sayang seribu kali sayang, rupamu chantek, tapi hati mu buruk.)
.
.
Amoi ni bukannya taw wat keje pun. Yg dia taw, online FB, chatting dgn amoi2 yg seangkatan dengannya guna vypress chat, n menyembang huhahuha. Yg aku hangen tu, dia kerani/account staff, tapi g duduk tempat drafter, apa cer. Sampaikan 1 staff baru kena duk tempat yg xsepatutnya. Xselesa. Bangku kecik. Sebut pasal bangku ni kan.. Ada issue lg.
.
.
Pagi tadi... Aku amek la kerusi empuk kepunyaan bekas pekerja c2, coz kakak tu dah resign semalam. Coz kerusi aku hanyalah sekeras kayu. eh eh! aku tipu. Ekceli, kerusi bese la. Takde la kerusi sehebat senior-senior. Ni budak trainee la yg suggest aku amik kerusi tu. Katanya, aku lebih layak guna kerusi tu, coz position aku tggi lg dr budak hingusan tu (amoi tu la). So, ble dia sampai, terusss dia cr kerusi tu. Siap amoi senior back up lg. Cakap dah mintak permission dari bini bossss. Naseb bek la ko pandai guna nama bini dia ek. Aku taw la bini dia tu pun racist. Kalu dia bg taw, konpem aku kena buang keje. Eeee! Tak matang lgsg!
.
.
At the end, disebabkan aku ni lg matang dr dia, so aku just ignore it. "U can get chair as much as u can, as long as, u r not disturbing me!" Uiissshh! Marah neh. Esok, mau suh boss angkat kerusi baru la. Ada ke staff baru guna kerusi kecik aje. x selesa tu. Hopefully boss accept la this suggestion, coz wife dia ngah xde. HOLIDAY! Ni la masanya aku nak out spoken sikit. Bagi membela kami insan2 yg lemah. Mcm ditindas pun ada taw. Tu la kalu keje ngan "bukan 1 kapal" ngan kte. Pasti unfair! (Sabar separuh daripada IMAN). Aku redha.

Tuesday, March 15, 2011

Kenapa tak ade ye...?? Hmmm...

Perkahwinan gilang-gemilang Ayu Raudah & Zaquan Adha
.
.
So shhweet tgk diorg kan..?? Memg wedding of the year la bak kata org. Sume duk cite pasal wedding diorg je awal tahun ni.
Mana xnya, dari setiap inci, sume just like a perfect wedding.
*______* (sambil2 berangan nak wat wedding mcm tue!). Berangan le smp ke tua yep! Hopefully mereka akan kekal. AMIN.
.
Oke! Ekceli, bukannya nak bz body pasal artis ke. Nak sok sek sok sek gosip2 terkini ke. Tapi ceee try korang tgk kasut zaquan tu. Smart x? Smart x?
Mcm mana plak dgn di bawah ni??
.
.
Perkahwinan my ex-poly, Ecah
.
.
Sebenarnya, aku terkilan. Niat di hati nak saving cost. Tanya la andaman mana pun, kasut lelaki memg xde provide. Pelik aku! Pasal ape leh jadi cenggitu ye. Bukan pompuan je nak kawen, laki pun nak gak. Ngeh.ngeh.ngeh! Xde suami, pompuan sanding sorang2. Baru la org kata pecah rekod sanding sorang-sorang. Mcm dia sorang je yg beria2 nak kawen. Huk2!
.
.
Butik andaman kata, saiz diorg len3. Saiz besar gedabak. Beza sgt la kata mak-mak andam sume. If wat, takot rugi la. Yeee ke..?? Mcm la saiz kasut pompuan x mcm tu kan. Len-len gak saiznya. Tol x? Frust btol le rasa. Hmmm. Kalu include sekali in package, leh la terbangkan duet tu ke part-part len yg lg important. Geerrrr... Geram!
.
Mana nak cari kasut putih, yg murah, smart, n leh guna lg pas kawen..?? Material apa yg sesuai ye..?? Aiiiisssh. 1 hal lak nak carik neh. Sabo-sabo. Sekarang, aku dalam proses survey2 lagi. So, xleh nak gelojoh. Do the best decision for the better result.

P/S : Help me pd blogger2 yg dah byk makan garam. dah kawen. perturunkan la ilmu di dada tu yeeep. Tak elok simpan sorang-sorang. Bak kata org pe ye, "SHARING IS CARING"... weeeuuww... I Like!


Monday, March 14, 2011

Lagi 6 bulan plus plus...

Harinya akan tiba. Aku sebenarnya takot. Takot apa yg aku harapkan, x menjadi. Tapi tu la, org kata "xsemestinya kte akan dpt apa yg kte nak". So, now kena wat yg terbaek la. Kena mule dr awal. Actually, aku dah mulekan persiapan kawen ni sikit2. Org kata lg, "sikit2, lama2 jadi bukit". Tapi, aku xnak la bukit, nak gunung leh x? Ngeh3. Sengih mcm kerang boossyyuukkk.
.
.
1st of all, penting kena taw tema kawen warna pe. Ni memg paling parah. Paling benci dalam idup aku. Aiiissh. Tapi kena gak pk. Bukan pe, nak booking pape, mst la akan kuar ayat neh. "Tema warna pe dik?"
.
So, wat masa ni aku berkenan ngan merah-putih. Oke x korang rasa?
Ekceli, aku xsesuai pakai warna putih. Ble pakai tudung putih, ketara sungguh gelapnya kulit muka aku. Tapi putih tu bersih. n yg plg penting. macthing ngan pe kaler pun. Then, warna merah adalah musuh ketat aku dr kecik lg. Aku xske kaler ni. Sbbnya terangnya mak ngah... euuuwwwww...!!! Xsesuai la mak tam nak pakai. Mak ngah sesuai la kan. (Mak tam adalah gelaran anak2 buah aku kepada aku). Patut la aku gelap. korang selalu panggil mcm tu. hek3!
.

Merah-putih = My side (putih digantikan dengan grey, coz xnampak tulisannya)
.
Sebenarnya, aku suke grey (kelabu). Tapi tu la... dah bese sgt lak org amik kaler tu. Then, aku rasa tahun ni ramai lak nak warna merah-putih tu. Benci ahhhhhh! Xmo sama kaler ngan owang. Oke x kalu tukar warna pelangi? Woooowwww! (aku xdapat imagine la mcm mana gamaknya kalu warna tu jadi wedding theme colour)
.
.
Ni plak tema tuk belah wah, my fiance mucuk3. haha! Dia ni lg teruk. Warna pe pun dia xtaw nak pilih. Ada ke nak wat warna hitam-putih. Dah mcm tahi cicak je aku tgk. Pastu mcm suram je... Macam majlis pengebumian lak aku tgk. Ape lg! Ble dia suggest nak warna tu, aku pangkah abis2 ar. Nasib bek ble g usha2 butik, dia xmo dah. Dia cepat terpengaruh dgn aku. Hehe. Pandai ngayat gak aku neh. Sape xsayang bini wooooiii...!!
.

Sea green + Putih = his side
.
Cun kan kaler ni..?? Ngeh3. Teka la sape yg pilih.... Mst la bukan wah. Aku la orgnya. Hehehe. Kalu dia, maka mcm berkabung la jawabnya ye. Kte kawen nak ceria2. Happy3. Nak terang2 warnanya. Baru la meriah. *______* So, buat masa ni, kitorg pilih warna ni dulu. Xtaw la pasni tukar jadi warna rainbow ke kan... Senang sket, xyah nak pening2 pala. Tol x? Tol x? Haha! So, kte akan ke bercerita panjang lg pasni. Sorry la pd sape2 yg rasa bosan ngan entri neh. Kawen hanya sekali. SO, kat cni la nak luahkan sikit2. Kongsi2 mana yg patut. Nak mintak pendapat bloggers, supaya majlis nanti akan gemilang, cermerlang dan terbilang. Mekasih pada yg sudi membaca. Sekian. =)

Sunday, February 27, 2011

The right Perfume & Cosmetics for me..??

.
Akhir2 ni aku sntiasa memikirkan pasal barang hantaran yg aku nak tuk wedding aku nnt. Aiiishh! Terutamanya ble sentuh bab-bab perfume n cosmetics. Aku dah la hanya dalam golongan amatur ble bercakap pasal benda2 ni. Tu la, xpenah nak belaja mendekatkan diri ngan benda2 mcm ni. Tawnya beli benda murah-murah je. Tapi, ble nak kena beli mahal sket, rasa mcm xtaw mana yg terbaek. yg sesuai dgn kte. especially kulit kte, bau badan kte. takot kang xkena lak kan, len plak effectnya.
.
masalah pertama : PERFUME!
.
.
Lancome Miracle oke ke ye? Best x bau dia? ~wah kata ramai org cakap best~ so, he decided me to get this perfume for our hantaran. but, aku xtaw le.
.
.
masalah kedua : COSMETICS

MAC cosmetics
.
Skg ni ramai yg guna MAC tuk make up. make up artist la plg banyak yg guna MAC ni. Aku penah guna compact powder dia, n memg berkesan sgt. tutup la cela2 di wajah ni. Tapi harga dia mcm mahal xhengat je. So, aku kena la beringat2 sket. Duet pun ciput je. Hehehe. Kalu duet besar mcm lori siput xpe la kan. *______*
.
.
So, pada blogger2 yg dah ada byk sgt pengalaman pasal perfume n cosmetics ni, share la kat aku yg xbape nak pro ni. N suggest la the best hantaran for me ek. Segala kerjasama didahulukan dgn ucapan terima kasih daun keladi. Kalu baek, tolong berkali3. huahua!

Wednesday, February 23, 2011

Sume kena booked awal ye..??

Pada pendapat korang, tak terlalu awal ke nak booked catering, pakej andaman n whatever yg related ngan wedding ni..?? Relevant ke..?? Tak nampak terlalu teruja atau beria2 kee..?? *blushing*
.
Ekceli, dah setel dah booked andaman. Huahuahua. Gelojoh!
Coz dengar kawan kat KL kata, sana butik2 kawen, mcm goreng pisang panas... Laku aje! Xsalahkan kalu pilih awal utk yg terbaek. hehe.

Thursday, January 27, 2011

I'm engaged!

Finally!! Percintaan selama 3 tahun berakhir dgn 1 ikatan pertunangan.
ALHAMDULILLAH sgt3.
Selamat suda bergelar tunangan kepada Encik Wah.
.
Bergambar bersama abg wah yg bajet hensem.
.
.
Cincin tu bermakna saye suda di "BOOKED" oleh encik wah.
skg bermula la detik2 persiapan utk perkahwinan kami.
Hopefully, bajet cukup! takotnyeee.. grrrr.
.
SEKIAN