Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 13, 2012

Mom & Baby Expo 2012!!!

Memandangkan dah 6 bulan aku pregnant, tapi langsung tak mula beli pape barang lagi  tuk our 1st baby.... So, aku & wah (husband) dah planning nak pergi MOM & BABY EXPO 2012 kat Mid Valley Exhibition Hall. Biasa la kan kalau dah rezeki dapat baby awal, duit gaji sebelum2 ni banyak setelkan hutang kahwin. Mana la sempat nak pk barang2 baby. Tapi ALHAMDULILLAH...dah setel dah pun.. Then, bila dah setel, baru la terhegeh2 nak planning tuk baby. So, ini la masa yg tepat nak mulakan sume ni.. Ngeh3! *________* . Kami pergi pas aku balik keje, yakni selepas mendengar taklimat ISO pada hari Sabtu (Semalam). Issssshhhh!! Nyusahkan pun ada ISO training ni. Sampaikan Exam PTD aku tak dapat pergi gara2 tak dapat skip training. Sgt3 frust oke! =( (Dah lari tajuk lak!! Hukhuk!) Agak2nya kena blacklist ke tak ekk...???

Banner for the EXPO. 11-13 May 2012.

Oke! Berbalik kepada kisah barang baby ni.... Dah ada duit ni, kira macam excited sgt3.. =) Paling nampak sgt excitednya, of course la my husband.. Yang tu nak, yang ni nak.. Rasanya macam terlebih beli baju baby la semalam. Ye laaa.. Rasa murah sgt3.. Yang kelakarnya, kitorg xde wat checklist. Adeh!! Tu yg pakat men belasah je tu... Hahaha... Memang rambang mata la org kata pergi sana. Kalau ikutkan checklist yg aku amik kat website, memg terlalu banyak. Sampaikan aku terpk, mampu ke aku nak belikan sume tu dalam masa 3 bulan ni...?? Macam xmampu je pun... Huhu... Tak pe la.. kita beli mana yg penting aje la dulu.

Beberapa barang yg aku beli adalah:-
1) Electrical Breast pump - Spectra3. (Husband nak sgt beli benda ni. Dia kata nak bagi susu ibu saje).. Kalau diikutkan, memang susu ibu adalah susu yg terbaek. Dia risau, aku sgt bz keje. Takot takde masa nak bagi susu ibu katanya. So, ni la cara yg terbaek. =) 
2) Baju baby - Dari yg berjenama sampai yg xde jenama kami beli. Hehe.. Sampaikan 5 pasang belinya. Yg lawaknya kan, kitorg xtahu baby boy or girl, so, terhad skit la nak pilih. So, the best decision adalah "white colour & blue". Actually, biru tu org selalu bagi kat boy, tapi kami beli je laaa... Hehehe. Al-maklumla, kami ber2 memg nak baby boy, tapi mana-mana gender pun takpe. Asalkan tu anak kami. *______*
3) Stokin tangan & kaki - Yang ni beli 2 je.. Mcm tak cukup je pun. Huhu. Takpe la... Nanti beli lagi..
4) Baby wipes - Beli 200 sheets je dulu, pasal tgk murah kan... Ekceli terlalu awal kot beli baby wipes ni kan.. Huhu..
5) Tikar getah - Rubber Sheet

Tu je yang sempat kami beli. Mana taknya, sampai pukul 10 malam kat sana. Banyak booth dah tutup, so setakat tu je la. Nanti bulan 7 ada EXPO lagi.. Masa tu boleh pergi lagi. =) Sikit je kan belinya...??? Hehe. Ye la, breast pump tu pun dah RM 560 (complete 1 set), ni nak beli yang lain-lain lagi, kena tggu la gaji baru, tak pun tunggu bonus raya nnt, tak pun kuar ASB. Hahaha. So, wait for us at the next EXPO. Pasti terjah punya!!! *_____* Lepas ni nak wat checklist. Senang sikit kan nanti. =)

Panasonic Lumix GF3

Apakah kaitannya kamera dengan EXPO...?? Hahaha! Ni yang nak citer ni... =) Ekceli, masa kami nak pergi keluarkan duit tuk beli barang2 baby, tetiba kami tertarik dengan kedai FOTOKEM kat area2 c2. Tertarik je tgk kamera tu sebab baru2 ni kamera husband sudah hilang.Adeh! Masa baby lahir, macam mana nak take a precious moment with baby nanti.. Huk3.. Tu yang pergi tgk. First2 igt nak pergi tgk kamera murah2 je.. Yang RM 500 ++ je ke kan.. But, salesman tu sgt bijak mempromosikan kamera Panasonic Lumix GF3 (seperti tertera dalam gambar)...And..apa lagi..aku sgt berminat. Because ianya sgt user-friendly. Then, dia ajar betol2 macam mana nak take picture tu. Teknik2 yg betul. Kualitinya sama je dengan DSLR, tapi dia kecik, kiranya senang nak dibawa ke mana2. Dan yang paling penting, aku memang nak kamera LUMIX!!! So, aku decide nak beli. Tapi, nak beli CASH memang tak mampu le.. Banyak lagi barang baby tak beli. So, igt nak wat installment je.. Tak de la beban sgt kan.. Hik3.. Last2 check husband punye kad kredit, balance tak cukup. Dia punya limit 4K je... Dia dah guna banyak lak tu, dah 3K ++. Huhu. Frustnya!!!!!!!!!! Then, call bank, konon2 nak up skit limit kad kredit tu. So sad, sbb dia hanya boleh aktif dalam masa 7 hari bekerja. Padahal, promosi kamera tu hanya 2 hari je! Semalam & Hari ni. Huhu. So, kesimpulannya, tak dapat la nak merasa kamera baru. =(. Harap2 nnt ada la rezeki nak beli kamera tu. =) Mesti kena ada jugak nanti. Because it is for our baby!!!

No comments: