Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 30, 2009

Bermusim la plak..

A L O H A..!! hehehe. suda sekian lama aku menyepikan diri tanpa sebarang khabar berita. agak lama gak la kan.. smggu!! kahkah! mcm lama sgt kan. bukannya aku br balek dr HAWAII ke pe, tetapi hanyalah bz dgn benda2 yg xberfaedah. hehehe. sblum aku menconteng lbh byk lg d muka blog ni, apa kata aku kasik citer sket pasal gmbr di atas. Actually, tu gambar manggis. So what..?? Apa istimewanya manggis tu berbanding manggis yg len..?? Hmmm.. Garu2 kepala. ngeeee. Yg bezanya manggis tu dtgnya dr pokok kat blkg umah aku. Haaaa! xmen arr beli2 kat luar. apa barang kan.. hehehe. Dgn nada yg sgt3 berlagak. Skang musim buah kat cni. So, dpt laa aku makan buah2 tempatan. Kat umah aku ada manggis, rambutan, durian, cempedak, jambu.. mcm2 laaa. Jgn lak korang igt umah aku dlm dusun. seskali tidak! keliling umah aku ada la bbrp buah pokok. xde la byk pun. Cukup la mengisi perot ahli2 keluarga terdekat. hehehee. Tu musim buah.. Kte beralih pula ke musim len.
Haaa!! Ni lg 1 musim yg aku nak citer. Musim men game. The truth is aku bukanla ske sgt men game. tetapi ntah mcm mana la aku sangkut dgn game2 di facebook. Sblum ni, sblh mata je aku pandang ble member aku duk men benda alah ni. Konon2 xlayan la. Padahal, malas aku nak xplore. Tp, ble balek cuti sem ni. Akak aku lak ajar aku men. Hmmm. Ni la akibatnya. 24 hours duk men game kat FB. huhuhu. Antara game2 yg aku sgt happy ble bermain. Farmville. Cafe World n fishville. Yg len xmo arrr layan sgt. kang 1 benda pn xjadi. Tu le citernya nape aku xon9 BLOG kesayanganku ni. Haa.. dh dpt jawapan. SO, aku bg laaa sket gmbr2 terkini pencapaian aku setakat ini. Ni aku baru men smggu je. Ni la hasilnyaaa.. hehehe.
FARMVILLE
(Level 20)
CAFE WORLD
(Level 15)
FISHVILLE
(Level 13)

Yang 1st picture, tangki per1, yg gambar ke2, tangki ke 2 laaaa.. hehehehe.

So, ni la keje aku selama smggu ni. Naekkan level. kehkehkeh. Dulu Myspace, pastu blog, skg musim game kat facebook lak. Pasni musim pe la plak kan..??? =)

Friday, November 20, 2009

Yessss!! Dah dapat lesen!!

happy gle aku ari ni. benda yg aku duk takot selama ni lepas gakk! yeaaaaayyyyy!!!
aku dh dapat lesen. lesen kete! moto dh lama ada. xtaw la mcm mana nk gambarkan kegembiraan aku ni. memg happy gle! gle happy!
.
.
mst org duk gelak coz umo 25 baru nak amik lesen kan. percaya la yg keberanian aku baru smp.
ni sume atas dorongan my mucuk. dia yg support abis.
tp yg support kewangan konpem la adik badik aku.
tanpa dorongan wah n duet kak yong, abg joi n abg jan, mst aku xkan ada lesen ni.
THANKS SEMUA!
.
.
pasni aku akan meluncur laju membawa kete. aku yg drive weeii. xde dah nak jd boss kat sebelah. hehehe. xcited la plak! tp, lesen akan dpt bulan 12 nnt. coz aku dh nak balek IPOH tuk holiday. abiskan cuti sem aku. pas balek cni (BATU PAHAT), baru la aku akan drive.
hehehehe. happy!! sgt happy!!. thankss pd sape yg duk bg support kat aku ek.
appreciate sgt3!
ni la dia hadiah aku wat korang. LESEN D! *________*

Wednesday, November 18, 2009

Don't enter this page!

Kan dh cakap jgn enter!!
Xtaw baca ek..?? Ke xtaw eja..??
huhuhu.
Oke! disbbkan dh enter, korang kena click kat iklan NUFFNANG.
hahaha. jahat gle kan taktik aku ni...??
taktik kotor nak mamposss!!
~penat taw pk strategi ni!!~
.
.
aku wat sume ni sbbnya adalah..
penangan NUFFNANG coz sume blogger duk suh aku click.
so tanpa segan silu, aku pn mengharapkan benda yg sama.
poor girl right..??
kehkehkehkeh!
.
Thanks 4 all ur clicking at my nuffnang advertisement.
APPRECIATE that!!!
Muaaahhhh!


Monday, November 16, 2009

yeye! dah abis final!

Happy! Sgt Happy! Hooray for all my stress for the whole semester. ngeee.

.

.

Hip! Hip! Hooray! Hip! Hip! Hooray!

Tu tandanya ari ujan. Mari kte tido. hehe. Xde la. Ari ujan pun mau kecoh smp ke blog ke. Xmgkin la kan. Xpenah dibuat orang. hehehehe. Actually, ari ni last paper final exam aku. fuhh! lega yg teramat. krenya tamat la suda kesengsaraan sem ni. dh arr sem ni plg darurat bg aku. memg plg stress. ble dh lepas 1 sem ni, krenya lepas la sket beban yg memg aku xmmpu nak kendong lama2. takot terhempap diri sndiri. (maksud tersirat n mendalam gle tu! pasni tggl 1 sem je lg. aku kena wat btol2. harap2 sem ni xde yg terkandas. kalu x, extend la jawabnya. aku nk grad sama ngan kawan2 aku. nak tahun depan!! xmo la xtend xtend ni. huhu.

Kegembiraan hamba ALLAH yg xterhingga!!

So, pasni leh la cepat2 la packing barang. huh! Xcited lebih dh ni. xde la. aku men2 je la. aku kan ada test JPJ tuk lesen aku jumaat ni. xkan la aku nak leh blah dr cni secepat itu. ble la masa happy yg plg happy tu akan tbe kan..?? xsabarnya!

1 [ s e l a s a]

2 [ r a b u ]

3 [ k h a m i s ]

pastu ari apa..?? tggl 3 ari je lg tuk aku pulang ke kg halamanku! hehe. ari yg aku akan happy n mgkin jugak akn sedih. harap2 aku lulus test tu. AMIN! AMIN! AMIN! yg penting, jgn nervous. fokus!! pasni mau training. hopefully leh polish skill driving aku. bg mantop! doakan aku ye!






Friday, November 13, 2009

.Kekejangan!.


Semenjak 2 menjak ni kan aku mengalami kekejangan urat saraf yg teramat sgt. Ble ngah tido tu kan, Ya ALLAH, memg tarik urat tol laaa. kejang abis otot2 aku. Saket tu usah cakap ar. nak dekat nk menitis gak arr air mata maria aku ni. Masalahnya leh dikatakan tiap2 ari aku kena mcm ni. 1 atau 2 ari leh ar tahan, tp ble dh tiap2 ari mcm ni, lama2 sume urat aku jd mcm meehoon. bersimpang siur. mcm wayar berselirat. xmo arrr! Takot lak kena saraf urat ke. leh mati woo. aku nak idup lama lg. dh la amal ibadah tu ciput je. dh tentu2 tempah pintu neraka. ble la aku nak bertaubat ni. (INSAF jap!).
Oke! berbalik kpd citer urat saraf aku yg dh dekat xpired ni. hehe. actually, aku ni susah sket nak g urut2 ni. bak kata, memg urut ngan aku musuh tradisi la. plg malas aku nak wat adalah g mengurut. smpkan 1 day ni aku tetiba gatai lak kan. tgk kawan aku duk ngurut, nyebuk la nak mengurut. smpkan mak cik urut tu cakap badan aku ni keras. memg xde lembut lgsg. dia dh taw yg aku memg xpenah ngurut. yupp!! memg tepat mak cik. 10 markah tuk makcik. nnt redeem hadiah ekkk..?? ~dia bkn xtaw yg aku xtahan saket ble ngurut! tu pasal la aku xske diurut.
Aku rasa la aku kena wat pendekatan yg lebih bijak. apa itu..?? hehe. dgn membeli mesin urut. senang kan...?? xyah laa mak cik tu nk membebel lg kat aku. aku pn leh wat kat umah je. ngee. bijak! bijak! tp.... melihatkan kpd harga mesin tu, maunya memakan beribut2 ringgit. den mana mampu!!! ~ddduuuussssh! impian musnah dlm sekelip mata. alamatnya jmpe lg la ngan mak cik urut. kalu nak beli mesin urut OGAWA mcm dlm gmbr tu, mau aku kena kawen ngn org kaya, anak raja, datuk2, baru arr leh pakai.... hmmm. kalu kawen ngn wah, maknanya beli minyak angin, suh mak cik urut laaa yg urutkan. kehkehkeh! xpe ar, yg pasti, aku kena rajin g mengurut. Takot xg nnt, lama2 badan aku keras mcm kayu! Xmo!!!!!!!!



Thursday, November 12, 2009

.New Template.

Amacam? ada oke ke template baru ni?
xde ar c o l o u r f u l sgt. simple sket la dr yg sblum ni.
black n white je. mcm lagu michael jackson tu. hehehe.
.
.
nampak mati ke template ni..?
actually, nak stay ngan layout lama. tp masa duk godek2,
tetiba ter"REPLACE" template yg lama.
addduuhhhh!
sekali ngan gadget2 dia.
hmmm. bese la tu kan. mcm xbese lak.
ni la balasannya kalu suke sgt duk tukar2 layout.
terpaksa duk men coding2 balek.
buang masa yg mmg free ni je pun.
hahahaha.
.
.
SO, Apa pendapat korang...?? better dr sblum ni or buwuk?
No more pink!! sob sob!
tp ada la baki2 pink tu lg sbnrnya kalu tgk btol2. hahaha.
xleh lari tema lgsg kan?
well, nmpk mati sket kot. tp oke la dr xde. kehkehkeh.
Enjoy my new template. but, d same person.
*_________*

Wednesday, November 11, 2009

Terkena lg aku!

Ntah ke berapa kali la aku terkena tipu. oohh!! wana tertipu!! bodohkah aku? xserik2 lg ke beli top-up cara mcm tu even dh kena tipu. bukan skl aku kena mcm ni, tp suda berkali2. mayb bkn rezeki aku kan. dugaan tol la. menci menci menci. so sad! =(

Selalunya aku beli top-up dr kawan aku. classmate aku. So, senang la. xyah nak pk akan kena tipu mcm ni. Tp disebabkan budak tu dh abis paper awal coz dia punya paper elektif dia dh setel mggu lepas, so terkapai2 la aku mencari top-up. Baki kat fon, aku tgk ade lg RM3++. Byk lg tu!! ~tp disebabkan aku susah sgt nk kuar umah kalu dh balek umah, aku pn berhasrat la nak top-up kan awal. Aku nak top RM5 coz kalu RM10 mahal bebenor. student pepaham la kalu dh akhir2 sem ni, semput sket. poket habuk je lebih, isi xdak pun. So, aku xdpt nk beli top-up kat stesen minyak coz top-up plg minimum pn RM10. So, aku dh berkira2 nak g beli kat kedai top-up dekat area umah aku. hehehe. Bijak mcm kancil x aku? hehehe. baru aku pasan, bape byk perkataan SO dh aku sebut ni haa!

Malangnya, kedai kat area umah aku tu tutup la plak. Ni dugaan ke, atau memg nasib aku xbaek. huhu! xpe la kan, coz konon2 ada penyelamat nak belikan aku top-up. sape lg kalu bukan driver class driving aku. hehehe. baek ati ko ek! ~padahal ari tu bukan men kutuk dia lg kat blogger ni. hahaha. jahat punya wana! ssyyhh. senyap2 suda ek. nasib bek la budak tu xmen blog ni. kalu x, mau kena siku aku. xpun, jgn harap dia nak tlg aku. ngee.

Malangnya lg, malang malang malang, top-up aku smp skg (kul 10.50 malam) masih xdpt lg. Aku rasa laa dia top-up guna yg catit kat buku tu. konpem punya la cara tu. cara pe lg kan kalu dh setakat 5 hengget je.. korang nmpk x bengang xbengangnya aku. uuissshh. suda jatuh ditimpa tangga. ditimpa tangga, pastu kena hempap lak lg ngan bata. sadis tol!

disebabkan aku agak marah, aku tny dak tu. rupa2nya dia dh top-up tghari td lg. lg la aku marah. tp, aku xsmp hati nak marah dia. dia dh cuba tlg aku. alamatnya, burn la duet 5 hengget aku tu. xde rezeki tol la. dh arr 10 sen sgt penting bg aku skg ni. ni kan 5 hengget. huhu. ni nak salahkan sape..?? ibu mengandung kee..?? bapak yg xbalek umah sbb keje keras ke..?? tukang tlg top-upkan tu keee..?? atau aku sndiri..?? hmmm.. xtaw nk cakap pe dah. coz ni bkn pisang berbuah 2 kali dh. suda berkali2 aku kena mcm ni. aku xhalalkan sape yg tipu tu!!! lantak arr. huh!

Tuesday, November 10, 2009

Rasa nak terjun parit je!

oouucchh!! ari ni sgt xbaek!!
benda yg aku xnak dgr akhirnya, berlaku. tanpa disangka2.
geramnyaaaaaaaaaaa!!
.
.
berkaitan tajuk entri pd kali ini. huh!
"jgn ada yg tiru atau wat perbuatan yg sgt xmulia spt di atas k!"
.
.
amat mendukacitakan. sgt sedih woo.
baru je td aku dpt berita yg aku sndiri tahan je telinga nk dgr.
xtaw mcm mana nak kuar dr kemelut masalah ni.
so, aku terpaksa stay kat johor smp jumaat depan.
gle! sume org dh balik ke pangkuan kuarga, bf terchenta.
merayap2. mendatingkan diri. berpoya2.
tp aku..??
aku masih ngadap laaa parit raja yg sgt muram durjana akibat
kekurangan makhluk yg dinamakan student kerana mereka2
ini telah pulang ke pangkuan family masing2.
menjinjing beg yg berat smbl tersenyum riang tuk balek!
jeles la plak tgk bebudak tu.
.
.
plan aku sbnrnya nak balek isnin. pas paper aku pd pagi isnin tu.
tp..?? hmm... aku terpaksa blk lmbt coz aku xdpt nak test lesen
jumaat ni. gle arr. aku rasa nak terjun parit skg jugak.
ada ke dia xtend test smp jumaat lg depan (20 hb...??)
darah tinggi aku dh dtg daaahhh!!
.
nape parit..??
bukan sungai ke, laut ke, lombong ke, bangunan kee..
ini adalah kerana kat area U ni byk parit.
pilih je parit apa yg korang nak..?? parit raja ada, parit bengkok ada,
parit sulong ada, parit haji rais ada, parit daun ada, sume parit2
pak haji sume ada. pilih je korang nak yg mana.
so, niat aku adlh nak terjun parit plg dekat, iaitu parit depan
umah aku je. jimat petrol, xyah nak g jauh2.
jalan kali pastu duuussshh.. terjun!
cepat kan...? (eee..geli lak coz parit tu ijau)
kalu kuar, mau aku dh serupa alien dr planet mana ntah!
.
.
apsal la aku punya niat murni nak balek kg xdpt gak.
dugaan gle! hampir 2 bulan aku xbalek.
uwaaaaa. ni nak kena pk pasal belanje kat cni lg.
duet dh arr xde. mana arr xsedih.
wana, teruk tol ko kena sem ni kan.
memg dugaan gle2.
lepas 1, 1 masalah ko.
sabar ekk wana.
lama2 wana saket jantung la aku!
sekian.

Sunday, November 8, 2009

2nd Blog!

Xtaw la pasal pe tgn ni gatai btol nak wat 2nd blog.
BTW, sape yg nak jd kawan kt sana, sila2.. hehe.
.
.
taraaaaa...!!!
.
.
ni la URL blog yg terbaru!
.
.
(English Version!)
.
.
.
.
Ramai2 kte meriahkan blog "Mirror of My Life" di sana di sana di sana!

Saturday, November 7, 2009

Memg gelak tanpa henti la tgk spontan!

mula2 aku pelik je tgk housemate aku duk gelak. sket2 gelak. sket2 gelak. pehal lak kan? gelak2 xnak ajak aku! huh! marah ni.. ngah marah ni! lastly, ble aku wat serbuan, lupa2nya diorg duk layan spontan. aku pelik gak kan, pe yg bestnya spontan ni. diorg kata citer spontan ni ditayangkan kat ASTRO MUSTIKA. ooohhh!! baru aku taw..! Lorrr. ptt la aku ketinggalan zaman. aku kan xamik pakej mustika tu. huhuhu.
.
.
pastu, dgn senyap2, aku pun on you tube, search pasal spontan ni. haha. memg layan aaarr!!!
.
.
hahahaha! tu la gelagat aku 2 3 ari ni. gelak gelak gelak! memg gelak sakan arr aku ni taw. mana xnya, ni pasal duk melayan spontan kat you tube la ni. memg xkering gusi dibuatnya. ble dh melayan spontan ni kan, pepaham je la, duk hahahaa 24 jam! kalu rasa2 ada problem tu kan korang layan arr spontan, memg konpem, korg akan lupa punya problem korang tu! gerenti beb!
.
.
.
korang taw x apa tu spontan..?? spontan ni actually lawak secara spontan yg ditunjangi oleh Din Beramboi, Afdlin Shauki, Zizan & Douglas Lim. pengacara dia Syarifah Sahira. pastu setiap mggu akan ada artis undangan yg akn kuatkan lg lawak2 yg diorg wat ni. korang tgk nama2 pelakon spontan ni pun korang dh taw kan..?? memg sume hebat2. yg plg hebat konpem la Din Beramboi. Hampeh! Siap suke kenakan org lg. tp even dia mcm tu, kalu xde dia tiap2 mggu, aku rasa sunyi kot spontan tu. haha! btw, all the actors is absolutely great!!
.
.
.
spontan ni ada mcm2 segmen. cth2 segmen yg menarik bg aku, Demonstrasi. Soal Menyoal, Pemberita Kepala 3, Beku n mcm2 lg la. yg pelakon2 ni td akan wat dialog sndiri, tanpa skrip tuk abiskan setiap segment tu. hehee. memg gempak arr diorg ni. terguling2 kalu tgk!
so, apa lg, layan arr wei spontan! memg besh! gerenti korang suke punya la. hehe.
even ada paper FINAL EXAM lg, tp spontan tetap kena layan! ngah addict kot. merawat hati yg luka. *______* wink!
ari2 aku kini dihiasi dgn lawak spontan dr mereka2 ini! terhibur! =)

Friday, November 6, 2009

.Ye ke kte xpenah puas dgn apa yg kte ada.

Kadang2 tu kan kte dh rasa cukup dgn apa yg kte ada.
hmm.. bahagianya aku! hmm.. beruntungnya aku!
tp pas lama sket tu kan, mula la rasa xcukup je apa yg kte dpt tu.
rasa xcukup. bahagiakah aku? rasanya aku patut dpt lebih dr ni.
hmm.. xblh mcm ni ni. aku kena usaha dpt lebih baek dr ni.
i should deserve it. nobody can't say no to me!
huh! angkuhnya aku.
apsal ek mcm tu? memg sume org mcm tu ke?
atau aku je yg melebih2..??
*________*
Gambar di atas : Macih laling 4 the bracelet. kena ngan baju i taw. hehe.
Pic ni ketika date ngn my laling last sunday!
.
.
haaaa. korang nmpk x gelang tgn ijau kat gmbr ni..??
wah la yg bg tu. ole2 dr sarawak. dia siap bg baju sarawak n ada 2 gelang lg taw.
tp pas aku tgk dia bg ole2 kat kawan2 aku yg magnet letak
kat peti ais tu, aku pun nak gak. rasa jeles pn ada.
pastu aku dgr lak dia kata siap beli byk kek lapis sarawak.
mula laaaa bising kat dia. nape lupa kat aku..?? huh!
apsal laa awek dia mcm ni...?? rasa xpenah cukup!
tu pn ada org nk bg kan..??
tp tu la hakikatnya! rasa aku nak gak apa yg org len dpt.
padahal org len xdpt pun baju sarawak n gelang tu.
tp skg aku dh oke! xkesah pn dah.
masa mula2 je rasa mcm tu. huhuhu.
tp xptt kan aku mcm tu.
.
.
.
eeeeeee.. rimas lak dgn perangai aku ni kan...??
nape ek kte perlu rasa mcm tu...??
dh dpt yg tu, cukup la kan.
hmmm.. i guess, i need motivation from somebody.
ello.....anyone can help me...??

Monday, November 2, 2009

Memg ini yg aku nak. Thanks syg!.

Lega rasanya ble aku dh bejaya me"release"kan tensen aku ni.
Kelakar gak kalu tgk aku ni kan. Mana xnya, 1st paper final exam selasa ni (esok) tp aku sempat lg ke KL merawat hati yg patah direnyuk2 oleh panel PSM aku tu pd ahadnya. sggup tu meninggalkan buku2 yg memg dh menanti utk aku baca. Huh! Glekah aku? atau aku memg dh xleh nak berpk waras dh skg.
Smpkan housemate aku sume terkejot. Btolkah aku ni? selalunya aku ni memg ulat bulu. ulat buku time exam je la wei. time len mana da sgt. huhuhu. Tp, aku rasa sgt2 berbaloi g KL. At least aku xde la rasa rasa stress sgt duk umah ni. Thanks "wah" my mucuk sbb sggup merawat hati aku ni. Terharu gle. Padahal si dia baru je smp dr sarawak. Mau penat gle! Tp, sbbkan awek dia ni, dia sggup gak melayan karenah aku, n dgr lg masalah aku wlpun dh bg taw dlm fon. Krenya nak mintak belas kasihan lg la ni. hahaha. 2 kali dia dgr tu. agaknya dh paham sgt masalah aku ni kan. huhu.

Oke2! aku rasa best sgt ble dpt ole2 dr sarawak. hehe. dpt gelang 3. dpt baju sarawak lg. hehehe. besh2! cuma terkilan xdpt kek lapis sarawak. pergghh!! apa la aku ni kan.. bg betis nak peha lak kan. hehehe. syukur wana! sykur byk2! ada gak org nak bg. hehe.

Kan sblum ni aku kata teringin sgt nak tgk citer PAPADOM kan. lastly, smlm, aku dpt tgk wei. even dh ujung2 tayangan. tp, dpt gak tgk. aku cari smp jmpe citer tu. mula2 g kepong, xde citer tu. pastu gerak g the curve, pn xde. pastu terpk, nape la xcheck kat tenet. addooyy! xterpk lak. haha. ponat den ni haaa! tu la gunanya tenet ni. memg dunia d ujung jari kan? kata2 tu memg tepat. hehe. so, aku suh kawan aku check kan. lastly, taw la tempat2 yg masih tyg citer PAPADOM tu. g la One Utama, coz masa plg awal kat c2. tp disebabkan parking xde, xsempat gak! huh! aku dh give up dh. krenya xnak la buang masa. aku nak spend masa ngan wah je sbnrnya, so xkesah la xdpt tgk. tp wah kata xpe la, kte g la kat the summit USJ. lastly!!!! huh! aku dpt gak tgk citer tu. hehee. berbunga2 hati aku masa tu! baeknya wah. =) love u!!
.
.
BESH!
BESH!
BESH!
NOT BAD!
.
.
tu la yg dpt aku comment pasal citer ni. hehe. lawak je afdlin shauki. memg suke ar dia! xsia2 aku cari kt byk pggung wyg. hehehe. kre puas hati la!!

Pastu, wah bawak aku g tgk kapal terbang kat lapangan terbang subang. mentang2 la baru blk dr sarawak kan. so, dia nak la aku rasa kapal terbang atas kepala. hehehe. dia masih kat sarawak tu, jasad dia je depan aku. hehehe. mula2 frust gak ar coz ari tetiba ujan, 1 habuk pn xde (kapal tebang la wei). tp masa otw nak blk, tetiba je fireflyz mau mendarat. perggggh!! memg terasa arrr! 1st time aku rasa atas kepala. mcm nak hempap pala aku je kapal terbang tu. hehe. xsia2 lg kan!! memg ari baek tol la. ALHAMDULILLAH. terasa mcm dalam awan dania. hehe.

wah memg lawak la smlm. dia cuba nak happykan aku. suke sgt speak sarawak. kitak la. kamik la. haha. apa la dia ni taw!! tp xpe, aku suke mcm tu. memg gelak je la smlm. rasa sgt2 dia cuba nk bahagiakan aku. nak tenteramkan sku. syg dia! syg sgt!

so, skg masa nak study. dia kata jgn pk dh pasal masalah aku tu. just go through with my final exam. time to study!!! wana, ko jgn hampakan dia taw!! ko kuat. teroskan kehidupan... tu sume DUGAAN! (mmc citer pendekar bujang lapok x?) *_____*