Sunday, May 13, 2012

Mom & Baby Expo 2012!!!

Memandangkan dah 6 bulan aku pregnant, tapi langsung tak mula beli pape barang lagi  tuk our 1st baby.... So, aku & wah (husband) dah planning nak pergi MOM & BABY EXPO 2012 kat Mid Valley Exhibition Hall. Biasa la kan kalau dah rezeki dapat baby awal, duit gaji sebelum2 ni banyak setelkan hutang kahwin. Mana la sempat nak pk barang2 baby. Tapi ALHAMDULILLAH...dah setel dah pun.. Then, bila dah setel, baru la terhegeh2 nak planning tuk baby. So, ini la masa yg tepat nak mulakan sume ni.. Ngeh3! *________* . Kami pergi pas aku balik keje, yakni selepas mendengar taklimat ISO pada hari Sabtu (Semalam). Issssshhhh!! Nyusahkan pun ada ISO training ni. Sampaikan Exam PTD aku tak dapat pergi gara2 tak dapat skip training. Sgt3 frust oke! =( (Dah lari tajuk lak!! Hukhuk!) Agak2nya kena blacklist ke tak ekk...???

Banner for the EXPO. 11-13 May 2012.

Oke! Berbalik kepada kisah barang baby ni.... Dah ada duit ni, kira macam excited sgt3.. =) Paling nampak sgt excitednya, of course la my husband.. Yang tu nak, yang ni nak.. Rasanya macam terlebih beli baju baby la semalam. Ye laaa.. Rasa murah sgt3.. Yang kelakarnya, kitorg xde wat checklist. Adeh!! Tu yg pakat men belasah je tu... Hahaha... Memang rambang mata la org kata pergi sana. Kalau ikutkan checklist yg aku amik kat website, memg terlalu banyak. Sampaikan aku terpk, mampu ke aku nak belikan sume tu dalam masa 3 bulan ni...?? Macam xmampu je pun... Huhu... Tak pe la.. kita beli mana yg penting aje la dulu.

Beberapa barang yg aku beli adalah:-
1) Electrical Breast pump - Spectra3. (Husband nak sgt beli benda ni. Dia kata nak bagi susu ibu saje).. Kalau diikutkan, memang susu ibu adalah susu yg terbaek. Dia risau, aku sgt bz keje. Takot takde masa nak bagi susu ibu katanya. So, ni la cara yg terbaek. =) 
2) Baju baby - Dari yg berjenama sampai yg xde jenama kami beli. Hehe.. Sampaikan 5 pasang belinya. Yg lawaknya kan, kitorg xtahu baby boy or girl, so, terhad skit la nak pilih. So, the best decision adalah "white colour & blue". Actually, biru tu org selalu bagi kat boy, tapi kami beli je laaa... Hehehe. Al-maklumla, kami ber2 memg nak baby boy, tapi mana-mana gender pun takpe. Asalkan tu anak kami. *______*
3) Stokin tangan & kaki - Yang ni beli 2 je.. Mcm tak cukup je pun. Huhu. Takpe la... Nanti beli lagi..
4) Baby wipes - Beli 200 sheets je dulu, pasal tgk murah kan... Ekceli terlalu awal kot beli baby wipes ni kan.. Huhu..
5) Tikar getah - Rubber Sheet

Tu je yang sempat kami beli. Mana taknya, sampai pukul 10 malam kat sana. Banyak booth dah tutup, so setakat tu je la. Nanti bulan 7 ada EXPO lagi.. Masa tu boleh pergi lagi. =) Sikit je kan belinya...??? Hehe. Ye la, breast pump tu pun dah RM 560 (complete 1 set), ni nak beli yang lain-lain lagi, kena tggu la gaji baru, tak pun tunggu bonus raya nnt, tak pun kuar ASB. Hahaha. So, wait for us at the next EXPO. Pasti terjah punya!!! *_____* Lepas ni nak wat checklist. Senang sikit kan nanti. =)

Panasonic Lumix GF3

Apakah kaitannya kamera dengan EXPO...?? Hahaha! Ni yang nak citer ni... =) Ekceli, masa kami nak pergi keluarkan duit tuk beli barang2 baby, tetiba kami tertarik dengan kedai FOTOKEM kat area2 c2. Tertarik je tgk kamera tu sebab baru2 ni kamera husband sudah hilang.Adeh! Masa baby lahir, macam mana nak take a precious moment with baby nanti.. Huk3.. Tu yang pergi tgk. First2 igt nak pergi tgk kamera murah2 je.. Yang RM 500 ++ je ke kan.. But, salesman tu sgt bijak mempromosikan kamera Panasonic Lumix GF3 (seperti tertera dalam gambar)...And..apa lagi..aku sgt berminat. Because ianya sgt user-friendly. Then, dia ajar betol2 macam mana nak take picture tu. Teknik2 yg betul. Kualitinya sama je dengan DSLR, tapi dia kecik, kiranya senang nak dibawa ke mana2. Dan yang paling penting, aku memang nak kamera LUMIX!!! So, aku decide nak beli. Tapi, nak beli CASH memang tak mampu le.. Banyak lagi barang baby tak beli. So, igt nak wat installment je.. Tak de la beban sgt kan.. Hik3.. Last2 check husband punye kad kredit, balance tak cukup. Dia punya limit 4K je... Dia dah guna banyak lak tu, dah 3K ++. Huhu. Frustnya!!!!!!!!!! Then, call bank, konon2 nak up skit limit kad kredit tu. So sad, sbb dia hanya boleh aktif dalam masa 7 hari bekerja. Padahal, promosi kamera tu hanya 2 hari je! Semalam & Hari ni. Huhu. So, kesimpulannya, tak dapat la nak merasa kamera baru. =(. Harap2 nnt ada la rezeki nak beli kamera tu. =) Mesti kena ada jugak nanti. Because it is for our baby!!!

Monday, May 7, 2012

Setelah sekian lama........

Assalamualaikum W.B.T. (Pembuka bicara yang paling terbaek aku rasa bila dah lama sgt tinggalkan blogger ni) =)

Hmmmm... Dah lama tak mengarang kat blogger ni... rasa mcm tak tahu nak mula dari mana. Mula dari A dulu ke.. Dari Z dulu ke.. Dari O ke 10 ke... Aisshhh!!! Kekok je rasanya. Sekarang ni mesti sume dah xde nak baca blog aku yg sudah sekian lama ditinggalkan.. Banyak sgt benda yg dah terjadi kat aku yang tak dapat aku ceritakan.. Hehehe. BZ nak membiasakan diri kat tempat baru, alam baru....Maybe..??!!! *______*

Kalu diikutkan dari last post aku kat cni, dah tentu2 masa tu aku masih bujang trang tang tang. Hikhikhik. (Tapi masa dah lama sgt berlalu.. since aku keje kat ipoh.. Now, dah ada kat Puchong Selangor. Dah hampir 9 bulan aku kat cni.. Dengan status yang berbeza, kawan-kawan barun environment baru. Huhu.

Ok, skrg dah bulan 5 kan... So dah 9 bulan aku tinggal kat ipoh.. Then, dah 7 bulan aku kawen. (Ngam-ngam 7 bulan, coz aku nikah 7 Oktober 2011. Bahagiakah aku lepas berkahwin ni...?? Hehehe.. ALHAMDULILLAH!! Setakat ni, sangat bahagia bersama suami tersayang, Encik WAH saye tu!! Hik3.. N buat pengetahuan sume, InsyaALLAH, kami berdua akan dapat baby soon. Blekah..?? Hanya ALLAH je yang tahu tarikh sebenarnya... *_______* But due date dia 27 Julai 2012 ni. Bulan dia dah sama dah dengan IBU dia ni. Ececece.. dah berangan suh panggil ibu ni... Hik3.. *Blushing*


Gmbar di atas adalah sgt3 usang. Dah x hot dah.. Tapi kre boleh la kan... Kasik tambah warna dalam blog ni.. Hehe..

So, Sekarang update sikit.. Kira nak kasi panas blog balek laaa.. Ngeeeee... Excited nak berblog balek ni sbb salah satu sbbnya dah ada internet kat umah... Yiihaaa... Ada yg nak tahu perkembangan, layan la blog ni yee.. Pasti akan update n kembali aktif.. Cheeeeewaahh!! So, see you later. dengan berita2 yg pasti hangat menyengat!! Kehkeh.

Wednesday, August 3, 2011

Last Day at TSA, Ipoh!

Walaupun citer ni org kata dah basi, leh campak je kat tong sampah, tapi aku tetap nak citer. Lantak la apa nak jadi, jadi la. huhu. Ekceli, mau inform kat bloggers/readers sume, last week adalah last day aku bekeje kat ipoh. Hip! Hip! Hoooraaayy! Gumbira memg xdapat nak disorok lg. Coz dah nampak terang-terangan betapa bahagianya aku ble dapat kuar dr company aku yg lama. Ecececee.. Lama le sgt pun.. Baru je resigned last week. Ayat xmo kalah! Haha! Gambar2 di bawah adalah sekitar FAREWELL aku di cni. ngeh3.. Bestnya farewell ni, stp sorang akan bawak 1 makanan, then akan tukar2. Syioooknyaaa! Memg full gle arr time ni. =)
.

Of course la plg dirindui, Kak Sue. Pape gossip terkini, sensasi, kami be2 je luahkan sesama. Bak kata org, saling memerlukan la kunun2nya.. Org len aku xleh get along, kecuali dia je. So, skg mst kak sue sedih + sepi tanpa aku kat opis tu. =(
.
Pasal pe mamat ni perlu dimasukkan dalam blog ni...?? ~Sebabnya adalah beliau adalah merupakan org kuat Mr Tan, iaitu my colleague. Means sama la position ngan aku, engineer. Aku manyak makan budi sama ini olang wooo. Coz dia selalu back up aku if aku ada prob. hehehe. Dia la si mata sepet, si rambut "ehem"~khuen! spell dia kena cakap queen, even dia lelaki. Kelakar taw tgk rambutnya... *______* Dia ni muda lg dr aku, tapi dah ada uban. Byk sgt dipikirnya.
.
Last but not least, tuan tanah. Memg wajib kena ada. Ni la meja keje aku yg sgt2 berselerak. Abis bz la kunun2nya. haha! Lakonan ni korang, jgn caye sgt. Mata boleh menipu.. hehe.
.
.
The best part ble aku nak blah, clerk aku, Carmen said that "U nampak kurus la skrg. Sbb nak kawen ekk.. U diet ke..?? U makan ubat ke??". Adeh adeh! Mcm peluru berpandu lak soklan dia ni. ngeh3.. Diam seribu bahasa neh.. Bangga siot.. Ngeeee.. *blushing. Korang rasa aku kuwus x skrg..?? hik2. Rahsianya, ntah la.. Mcm2 aku telan.. nak kuwus punye pasal. So, aku xtahu la mana satu yg bg kesan kat badan aku ni. Sesungguhnya, dah rojak dah dalam perot ni. hehehe. Tapi, ble dah 2, 3, 4 org duk tegur aku kurus, Alhamdulillah.. Tak sia2 usaha aku tuk mengecilkan diri ini. Akhirnya, sukses! *______*
.
Next week, pergi opis baru.. Wooooohh! Takotnya saye.. Grrr...
.
.

Monday, August 1, 2011

Selamat berpuasa!

.
Alhamdulillah. Kejapnya msa berputar. Kte dah kembali kepada bulan yg diberkati oleh ALLAH S.W.T, BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK! Kejap je setahun dah berlalu. Hari berganti hari. So, sempena bulan yg sgt dimuliakan ini, aku nak susun sepuluh jari, meminta keampunan. Mari la sama-sama kte menambah ibadah + amalan di bulan baek ni. Berpuasa la secukupnya, bg yg mampu dan yg tiada halangan. Banyakkan sedekah. Berzikir, membaca Al-Quran dan macam-macam yg boleh menambah pahala. Jgn terlalu mengejar duniawi, tapi lupa akhirat. ~Ingatan untuk diri sndiri gak sbnrnya ni.~
.
.
Bagi aku, tahun ni agak mencabar sbb berjauhan dr keluarga. Bergerak sndiri. huhu. Harap2 aku dapat melaluinya tanpa sebarang masalah. AMIN. Sgt2 berbeza sbnrnya bila puasa berjauhan dgn keluarga, means ble kte keje dgn belajar. Mesti aku xbiasa. Tp Alhamdulillah, ada org tersayang dekat2 sana. Ada abg2 n my fiance. So, mst xde kekok sgt. =) Ngeeee...
.
.
Akhir kata, Selamat Berpuasa kepada semua umat muslimin + muslimat di Malaysia khasnya dan di dunia amnya. Happy Fasting Month! *______*
.

Sunday, July 24, 2011

Penghijrahan! Mampukah aku?

Fuhhh! Tetiba je rasa nak menconteng di blog ni. *_____* Asal hati runsing je, blog ni gak le yg dicari. Huhu. Asal runsing, ni la penemannya. Kalu leh cakap la blog ni, mau terasa gak neh. Ye la, time susah, baru nak cari, nak hadap. hik3. Org kate pe ye, tak leh nak luahkan kat org, dgn luah kat blog pun jadi la. At least, dapat kurangkan sikit beban tu. huhu. Harap2, titik noktah yg terakhir dapat la release sikit tension ni ha.
.
.
Penghijrahan...?? Blum masuk maal-hijrah lg, dah citer pasal hijrah kan aku ni. hehe. Tapi tu la, penghijrahan yg terlalu besar dalam idup. Nak independent. Susahnya. Mau taknya, sblum ni duk duduk bawah ketiak mak abah je, selesa aje. Sume je menjamin kesejahteraan idup. Sume org jagakan. Hijrah kali ini btol2 wat aku tak senang duduk. Dalam masa tak sampai 2 mggu lg, aku akan berhijrah ke KL. sume kena atur sendiri. Sblum ni masa study kat johor, lain sgt. Ni dah keje kan, len la. Nak manage kewangan sndiri, tu yg mencabar. Jgn terlebih joli sudah. haha! Dasar shopaholic.
.
.
Aku takot sbb hidup kat KL so stress!! Jammed! Adeh.. Tak aman mcm ipoh ni. Yg lg satu fail gak aku ni, tak pandai drive. Skrg pun baru nak berjinak2. Kalu setakat kancil, boleh la lg. Ni nak bawak kete besar. Mak aiihh.. Tergugat den! Last2 sekali, cakap kat abah nak nek moto je. Coz dr opis ke umah sewa 5 minit je. huhu. (penakotnya.. mati ar nak survive mcm ni). Tapi tu la, Save sikit. Al maklumla, org nak kawen, kena byk pakai duet, ye tak. haha! So, mcm mana la nak tajamkan, nak polish skill driving ni. huhu. Lagipun, kete xde. Ada ke wah (tunangku) suh bawak kete dia yg besar dr kancil. OMG! Berdegup kencang je jantung ni mendengarnya. So, at last, moto aje. Padahal, bahaya kan. Pompuan nek moto di bandaraya metropolitan tu. Adeh! Dush! Dush! Dush! Aku takot drive, sbb tak familiar jalan, if salah sikit je, mau lajak ke mana2 je nnt. Tu yg takot sgt3.. Huk3.
.
Ya ALLAH, kau kuatkan la hambamu ini. Smg aku dapat berdikari, dan seterusnya dapat beli kereta cepat2. Nak target Viva @ MyVi je. hehe. Sempat lg menyimpan impian dalam duk nak saving2. hik3.
.
.
Sooooo... KL, here i come!!!! ~grrrrrr~ Tensen balek. So, Motif nak release tension, failed sama sekali!! Huhu.
.